Wednesday, January 27, 2010

Keluarga Pak Mat (Edisi 1)

Share
Salam...

Story nie berkisah tentang keluarga pak mat (nama gelaran lah) yang amat besar jugaklah kiranya...Di ibaratkan..sedozen... Beliau mempunyai 12 orang anak-anak (wuiyoooo ramainyer) yang telah dewasa sama ada bekerja atau pun masih belajar.... Anak-anaknyer terdiri daripada 7 orang perempuan dan 5 orang lelaki...perh ramai perempuan tuh...ada can...he...he....

2 dari anaknya iaitu anak perempuan sulong dan kedua yang dipanggil ALONG & ANGAH telahpun menemui pasangan hidupnya dan telahpun berumahtangga....(Yang sulong tu rumah memang banyak tangga..tak terkira..tapi naik lif lagi senang.....Yang Angah pula..rumah steady...takder tangga...) Anak ketiga Pak Mat lebih dekat dikenali sebagai ALANG pula perempuan juga...tapi masih belum berkahwin lagi....dia nie suka hidup berdikari...dah ada calonnya..tapi tak taulah bila agaknyer nak dibawa berjumpa dengan keluarga....

Anak keempat Pak Mat nie..seorang yang amat berjaya...Pandai...dan bekerja sebagai seorang Engineer di HQ kereta buatan Malaysia, kebanggaan rakyat Malaysia..... Orangnya ala..ala hindustan tu...Orangnyer baru sahaja selesai diikatkan tali pertunangan bersama yang tersayang pada bulan disember 2009 yang lepas...Ala...orang yang sama2 blajar ngan dia dulu...tapi..ok..sama cantik..sama padan...Tapi tak tau bila langsungnyer...

Cerita pasal anak Pak Mat yang kelima nie pula...dia baru sahaja menamatkan pengajiannya di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awan terkemuka....iaitu...UITM..yang terletak di bandaraya bersejarah,....Kota warisan dunia...Dia adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) BBA Hons Marketing... Meraikan..sempena tamatnya belajar..Pak Mat nie buatlah... kenduri kesyukuran untuk anak perempuan dia nie... Dia nie sekarang telah bekerja di salah sebuah syarikat swasta yang memasarkan produk pen jagaan diri dan Spa....(aik..buat servis aper nie? dah bukak spa..leh lah pergi....) Apapun..tahniah kerana telah mendapat kerjaya yang digemari..

Bersambung...........

No comments:

Post a Comment