Wednesday, October 31, 2012

Ragam cucu-cucu Pak Mat


Hari Raya Aidiladha yang lalu, anak-anak Pak Mat berkumpul untuk bersama-sama berhari raya..
Jadi memang meriah sungguh rumah Pak Mat terutamanya dengan kerenah dan ragam budak-budak.
Pak Mat dengan isterilah yang paling gembira dapat melayan cucu-cucu mereka.

Memang riuh rendah rumah Pak Mat bila cucunya, Aina, Afdal, Amin dan Luqman bergabung..
Tak kira cuaca panas, berjemur masing-masing. Seronok bermain bersama-sama. Bukan selalu dapat macam tu..

Nie gambar aktiviti mereka malam hari sebelum tidur..
Syer mainan dengan Luqman. Hadiah hari jadi untuk Luqman dari mummy dan daddy..





So, malam tu kami semua dah pukul 2 pagi baru boleh tidur disebabkan mereka semua sibuk dengan permainan. Tak kisahlah, janji mereka seronok ketika bercuti di kampung..

Oleh : Annaz Mohd





Friday, October 5, 2012

Cucu Baru Pak Mat


Salam semua..

Kembali berkongsi cerita dan berita gembira keluarga Pak Mat.
Masih ingat tak lagi tentang anak Pak Mat, Nor Aazim yang berkahwin dengan pasangannya Yan?

Sekarang nie mereka telah menimang cahaya mata yang pertama. Alhamdulillah..
Kelahiran pada 28 September 2012.
Pak Mat dan isteri memang seronok sebab inilah cucu perempuan yang kedua..

Jom kita tengok kecomelan ZARA NUR NABIHA


Camner?..Comel tak?
Doakan yang terbaik untuk keluarga Pak Mat, ok..


Oleh : Annaz