Wednesday, October 31, 2012

Ragam cucu-cucu Pak Mat

Share

Hari Raya Aidiladha yang lalu, anak-anak Pak Mat berkumpul untuk bersama-sama berhari raya..
Jadi memang meriah sungguh rumah Pak Mat terutamanya dengan kerenah dan ragam budak-budak.
Pak Mat dengan isterilah yang paling gembira dapat melayan cucu-cucu mereka.

Memang riuh rendah rumah Pak Mat bila cucunya, Aina, Afdal, Amin dan Luqman bergabung..
Tak kira cuaca panas, berjemur masing-masing. Seronok bermain bersama-sama. Bukan selalu dapat macam tu..

Nie gambar aktiviti mereka malam hari sebelum tidur..
Syer mainan dengan Luqman. Hadiah hari jadi untuk Luqman dari mummy dan daddy..





So, malam tu kami semua dah pukul 2 pagi baru boleh tidur disebabkan mereka semua sibuk dengan permainan. Tak kisahlah, janji mereka seronok ketika bercuti di kampung..

Oleh : Annaz Mohd





No comments:

Post a Comment