Monday, January 20, 2014

Aktiviti baru Pak Mat

Lama sudah tak update blog nie. Bersawang-sawang sudah. Pak Mat nak jengah pengunjung yang meninggalkan jejak di shoutbox. Tapi sebelum tu Pak Mat nak citer pasal aktiviti baru Pak Mat kat korang.

Nak kata aktiviti baru tu tak jugak sebab Pak Mat memang buat kerja-kerja kampung. Bila Pak Mat tak pergi menoreh, Pak Mat akan ke kebun anak sulung Pak Mat. Tanah tu baru saja dibeli oleh menantu Pak Mat untuk anak Pak Mat. Baikkan menantu Pak Mat?


Setakat nie Pak Mat dah tanam pokok getah, tanam ubi kayu, maman dan sebagainya. Sekarang nie di kebun anak Pak Mat dah ada 2 kolam ikan.


Pak Mat memang dah biasa buat kerja-kerja macam nie. Tak rugi berbakti pada tanah. Hasilnya boleh menjana pendapatan dan boleh dikongsi bersama.