Thursday, July 31, 2014

Masih Dalam Mood Raya


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam aidilfitri..
Korang masih bercuti atau dah bekerja?
Ataupun masih belum cuti lagi?
Pada yang bercuti tu, enjoy your holiday lah..
Pada yang dah masuk kerja dan belum cuti2 lagi tu, selamat menjalankan tugas, ye..

Pak Mat...hihihi..
Pak Mat masih dalam mood raya lagi. Anak-anak pun masih ada kat rumah lagi. Sekolah cuti lagi walaupun ada anak Pak Mat yang dah masuk bekerja dan ada yang beraya di rumak mertua.

Dalam suasana menyambut hari raya nie, kita janganlah lupa pada saudara-saudara kita yang bertarung nyawa dan sengsara di Gaza sana tu. Doakan yang terbaik untuk mereka..

Yang tengah syok sakan berhari raya, ingat2 ye ketika menikmati juadah hari raya. Time raya nie semua sedap je. Ketupat, lemang, rendang, kuih-kuih raya. Jangan nanti bila habis raya, semua naik. Gula naik, kolestrol pun naik.

Apa-apa pun, Pak Mat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Maafkan Pak Mat sekiranya terdapat ayat-ayat dalam penulisan blog ini yang mengguris hati korang semua..

Kosong, Kosong tau...