Friday, June 18, 2010

Ketua Pengawas Vs Pengganas

Diam-diam.. tak sangka sorang anak Pak Mat nie.. Tercalon jugak sebagai ketua pengawas
He..he... Boleh ker nie? Kita tengok jer lah yer

Nama dia Muhammad Afif... Umur 12 tahun.. Berbadan besar.. layaklah dia jadi ketua pengawas nie.. Tapi.. Cam pengganas jer... Kik..kik..kik... Kat sekolah bolehlah dia tunjuk eksen... Aku ketua yer... Kat rumah.. suka buli adik-adik dia.. Agak2 kat sekolah kene tunjuk baik kut... Aper-aper jer lah Afif oiii..

Nama panggilan dia Debit (kira debit kreditlah nie) atau pun cam David Beckhamlah..  David Beckham tu putih.. dia nie Gelap.. malaysia mari..

Ha.. kat bawah nie gambar masa dia beri ucapan sempena sambutan hari Guru

Wah bersemangat nampak.. Agak2 bertempias lah nie..

Apapun.. selamat menjalankan tugas anda dan amanah yang diberikan.
yer adik Afifi oil

Majlis Pertunangan Anak Lelaki Sulong Pak Mat

Tanggal 26 Disember 2009, Anak lelaki Sulong pak Mat telah melangsungkan majlis pertunangan dengan gadis pilihan hatinya yang dikenali semasa menuntut di Universiti.

Selamat Bertunang

Muhammad Noor Bin Mohamad
&
Anis Asila

Gambar saat tiba ke rumah pihak perempuan

Sesi perbincangan antara pihak lelaki dan pihak perempuan
Merundingkan hal2 yang berkaitan

Puan Rasidah menyarungkan cincin pertunangan ke jari bakal menantu 

Kegembiraan menerima bakal menantu

Hantaran dari pihak lelaki.. Sederhana.. yang penting niat..

 Hantaran dari pihak perempuan

Cincin tanda pertunangan bakal pengantin

Selesai perbincangan... majlis jamuan ringan

Sesi bergambar bersama pihak perempuan dan pihak lelaki

Emmm nielah pasangan yang selamat melangsungkan majlis pertunangan
Berseri-seri..

Wednesday, February 3, 2010

Penyatuan Dua hati

Perkahwinan merupakan satu impian setiap pasangan yang bercinta dan mengakhiri zaman bujang...Dan tiba masa untuk mempunyai keluarga sendiri.... Begitu juga dengan Anak Kedua Pak Mat yang telah bertemu jodoh dengan lelaki idamannyer (he..he..he..) yang berasal dari Perak... Bibit-bibit cinta antara pasangan ini akhirnya membewa mereka ke arah gerbang perkahwinan yang penuh ceria....

Tanggal 03 Sept 2005, kedua pasangan ini telah melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan yang gilang gemilang...dihadiri oleh jiran tetangga, sanak-saudara, sahabat handai..serta rakan taulan...

 
 Sekitar Majlis Pernikahan antara Pasangan 
Nazarul Ainain Mohamad & Mohd Tarmezee Bin Johari
di Surau Kampung Ulu Rokan

 
Sekitar Majlis Persandingan antara Pasangan 
Nazarul Ainain Mohamad & Mohd Tarmezee Bin Johari 
di Rmah Pengantin Perempuan
Kampung Ulu Rokan

Friday, January 29, 2010

Belajar Solat

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: 

“Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Semoga corak yang dilakarkan akan dapat mencantikkan keperibadian yang menjamin kesejahteraan anak-anak di dunia dan akhirat..

Didikan Islam pada anak harus dai dalam perut lagi....Apabila anak tengah membesar..Ajarlah anak bersolat..
Bagi menunaikan tanggungjawab..ibu aina mengajarnya bersolat....Inilah Aina batrisya ketika mula-mula belajar solat.,..


Semoga Aina akan menjadi anak yang solehah..dan menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya...Amin.....

Cucu Kedua Pak Mat

Cucu Kedua Pak Mat Pula adalah si Putera... Kelintahan Cucu Lelaki Pak Mat nie..sentiasa mencuit hati Pak Mat & Isteri.

Cucu Kedua Pak Mat bernama Muhammad Afdal bin Mohd Tarmizi. Hasil dari perkahwinan anak Kedua Pak Mat iaitu Nazarul Ainain Mohamad. Ini Gambar cucu ke-2 Pak Mat:

(Nie gambar Afdal masa kecik lagi...Comel Tak Afdal????)

Ini pula Gambar kedua Ibubapa Afdal....Nie gambar Masa kahwin...Cantik tak ayah dan ibu afdal?
Nazarul Ainain Mohamad & Mohd Tarmizi

(Sama cantik---sama padan...Serba putih..melambangkan kesucian hubungan pasangan bahgia nie )

Cucu Sulong Kesayangan

Cucu adalah penyeri kepada pasangan datuk dan nenek... Cuculah penyambung warisan kepada keturunan..
Pak Mat mempunyai dua orang cucu...iaitu Putera & Puteri..

Cucu Sulung Pak Mat adalah...Puteri Nurul Aina Batrisya hasil dari perkahwinan anak sulung Pak Mat, Nazarul Hamsina Mohamad dengan Rizal Azmer Md Isa.

(Wah...Comelnyer,...Cam tuan puteri....)

Memang itulah impian sigadis kecil nie....Berangan akan menjadi Tuan puteri suatu hari nanti...

Ini pula kedua ibu bapanyer...Cik Puan Nazarul Hamsina Mohamad & Tuan Rizal Azmer Md. Isa
(Maaf yer...interprem jap...he..he...)

Anak Angkat Pak Mat

Keluarga Pak Mat mempunyai ahli baru.... Anak angkat Pak Mat nie sorang muallaf.. Alhamdulillah...akhirnya bertemu juga Cahaya Kebenaran Ilahi

Nama nya Ainul Yaqin Binti Abdullah...Ainul adalah sahabat karib kepada anak Pak Mat yang ke-5. Mereka belajar bersama-sama di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Ainul berasal dari Miri, Sarawak..Jauh merantau kesemenanjung untuk mencari ilmu didada... Alhamdulillah. Allah telah memberikan petunjuk dan hidayah Ainul... Semoga Ainul menjadi wanita Solehah

Hari Raya 2009 Pak Mat


Inilah ahli keluarga Pak Mat....Uihhh...Ramainyer....mana satu yang dah kahwin???? dan mana satu yang masih solo lagi nih....

Thursday, January 28, 2010

Keluarga Bahgia (Saujana)

Keluarga Bahagia - Kumpulan Saujana

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu

Keluarga Pak Mat (Edisi 3)

Sambungan Edisi 2...
Kita sambung cerita berkenaan anak-anak Pak Mat..(ala-ala anak Sidek)

Berkisar anak Pak Mat yang Ke-10 ini, dia lelaki... Kalau lihat struktur badan dia..kira ala-ala ahli sumo..( jangan mare.nanti cepat tua...)  Dia tahun nie ambil UPSR...Hu..hu..kene kerja kuat sikit tuh dik....nanti boleh dapat sekolah bagus-bagus.. Dia nie boleh dikategorikan sebagai kaki buli...kaki buli kepada adik-adiknyer... Sian adik2 dia...Bab makan, dia memang kuat seleranyer....mmmm jaga badan dik..awak 2 mude lagi...

Anak perempuan Pak Mat yang ke-11 nie dia kuat merajuk...Kalau merajuk susah nak pujuk...Kadang-kadang dia nie pandai loyar buruk...Ha..ha... Kelakar..kelakar...Tapi dia nie lagi manja dari adiknyer....he..he... Ha..ha....Ini pula anak bongsu, kira Puteri Bongsu Pak Mat lah....Comel, Manja..Memang cutelah....

Ini sahajalah...cerita Keluarga Pak Mat..secara dasarnya....Ramainyer anak-anak dia...Alhamdulillah...Murah Rezeki

Keluarga Pak Mat (Edisi 2)

Sambungan Edisi 1......

Anak keenam Pak Mat pula adalah lelaki...ramai peminatnyer tuh......Dia sekarang bekerja di Jabatan Kerajaan.. Alahamdulillah.....berjaya juga mendapat pekerjaan yang menjamin masa depan yang baik..Cerita pasal anak kelima Pak Mat nie...dia kira good lookinglah....ada kala gila2...tu masa dia belum kira matang..tapi bila dia dah bekerja..dan mengerti erti kepayahan hidup..barulah dia kelihatan lebih bertanggungkjawab..Cayalah..tu dikatakan pengalaman mendewasakan kita..

Pak Mat punyer anak yang ke-7 nie pula..suka buat kepala dia jer...Mean dia nie..suka dengan kerja yang dia minta...Buat Hal dia jerlah... (nasihat masuk telinga kanan..kuar telinga kiri..) ibaratnyerlah...Bab kerja..puas kakak dan abangnyer carikan tuk dia..tapi dia taknak...macam-macam alasan dia beri...Hai ..apelah nak jadi..moga dia bahagia dengan cara hidup dia...

Pak Mat punya anak yang nombor lapan pula adalah lelaki juga....Dia tinggi bangat....dia nie agak lemah dalam pendidikan tetapi dia kuat berusaha..Dia rajin tong emaknya dirumah... Walau pun lebih lemah berbanding adik beradiknyer yang lain..dia tetap seorang abang yang ok kepada adik-adiknyer... Anak yang kesembilan pula adalah perempuan....Cerita pasal anak perempuan Pak Mat yang nie pula..dia amat tidak serasi dengan kaknya yang kelima (anak pak mat yang no.5)...Jumpa sahaja pasti akan bertegang urat...Langsung taknak dengar nasihat dari kakaknya itu....Dia amat degil dan susah untuk disuruih...Kalau disuruh pasti merungut....(itulah..anak2 zaman sekarang...bila disuruh langsung takboleh....)


Bersambung.....

Wednesday, January 27, 2010

Keluarga Pak Mat (Edisi 1)

Salam...

Story nie berkisah tentang keluarga pak mat (nama gelaran lah) yang amat besar jugaklah kiranya...Di ibaratkan..sedozen... Beliau mempunyai 12 orang anak-anak (wuiyoooo ramainyer) yang telah dewasa sama ada bekerja atau pun masih belajar.... Anak-anaknyer terdiri daripada 7 orang perempuan dan 5 orang lelaki...perh ramai perempuan tuh...ada can...he...he....

2 dari anaknya iaitu anak perempuan sulong dan kedua yang dipanggil ALONG & ANGAH telahpun menemui pasangan hidupnya dan telahpun berumahtangga....(Yang sulong tu rumah memang banyak tangga..tak terkira..tapi naik lif lagi senang.....Yang Angah pula..rumah steady...takder tangga...) Anak ketiga Pak Mat lebih dekat dikenali sebagai ALANG pula perempuan juga...tapi masih belum berkahwin lagi....dia nie suka hidup berdikari...dah ada calonnya..tapi tak taulah bila agaknyer nak dibawa berjumpa dengan keluarga....

Anak keempat Pak Mat nie..seorang yang amat berjaya...Pandai...dan bekerja sebagai seorang Engineer di HQ kereta buatan Malaysia, kebanggaan rakyat Malaysia..... Orangnya ala..ala hindustan tu...Orangnyer baru sahaja selesai diikatkan tali pertunangan bersama yang tersayang pada bulan disember 2009 yang lepas...Ala...orang yang sama2 blajar ngan dia dulu...tapi..ok..sama cantik..sama padan...Tapi tak tau bila langsungnyer...

Cerita pasal anak Pak Mat yang kelima nie pula...dia baru sahaja menamatkan pengajiannya di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awan terkemuka....iaitu...UITM..yang terletak di bandaraya bersejarah,....Kota warisan dunia...Dia adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) BBA Hons Marketing... Meraikan..sempena tamatnya belajar..Pak Mat nie buatlah... kenduri kesyukuran untuk anak perempuan dia nie... Dia nie sekarang telah bekerja di salah sebuah syarikat swasta yang memasarkan produk pen jagaan diri dan Spa....(aik..buat servis aper nie? dah bukak spa..leh lah pergi....) Apapun..tahniah kerana telah mendapat kerjaya yang digemari..

Bersambung...........