Thursday, December 27, 2012

Luqman dah boleh berjalan






Luqman adalah cucu Pak Mat dari anak Pak Mat nombor empat. Luqman dah semakin membesar dan lincah. Yang penting dia comel dan tersangatlah kiut..Yang paling mahal, senyuman dia yang manis..


Sekarang nie, Luqman dah belajar berjalan. Ini bermakna Mummy dan Daddy dia akan semakin penat melayan kerenah dia. Maklumlah budak bila dah dapat kaki (mula berjalan), memang agak penat sikit nak layan kerenah terutamanya budak lelaki.

Semoga Luqman membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh...

Oleh : Annaz Mohd



Wednesday, October 31, 2012

Ragam cucu-cucu Pak Mat


Hari Raya Aidiladha yang lalu, anak-anak Pak Mat berkumpul untuk bersama-sama berhari raya..
Jadi memang meriah sungguh rumah Pak Mat terutamanya dengan kerenah dan ragam budak-budak.
Pak Mat dengan isterilah yang paling gembira dapat melayan cucu-cucu mereka.

Memang riuh rendah rumah Pak Mat bila cucunya, Aina, Afdal, Amin dan Luqman bergabung..
Tak kira cuaca panas, berjemur masing-masing. Seronok bermain bersama-sama. Bukan selalu dapat macam tu..

Nie gambar aktiviti mereka malam hari sebelum tidur..
Syer mainan dengan Luqman. Hadiah hari jadi untuk Luqman dari mummy dan daddy..





So, malam tu kami semua dah pukul 2 pagi baru boleh tidur disebabkan mereka semua sibuk dengan permainan. Tak kisahlah, janji mereka seronok ketika bercuti di kampung..

Oleh : Annaz Mohd





Friday, October 5, 2012

Cucu Baru Pak Mat


Salam semua..

Kembali berkongsi cerita dan berita gembira keluarga Pak Mat.
Masih ingat tak lagi tentang anak Pak Mat, Nor Aazim yang berkahwin dengan pasangannya Yan?

Sekarang nie mereka telah menimang cahaya mata yang pertama. Alhamdulillah..
Kelahiran pada 28 September 2012.
Pak Mat dan isteri memang seronok sebab inilah cucu perempuan yang kedua..

Jom kita tengok kecomelan ZARA NUR NABIHA


Camner?..Comel tak?
Doakan yang terbaik untuk keluarga Pak Mat, ok..


Oleh : Annaz

Thursday, August 23, 2012

Hari Raya yang paling bermakna

Hari Raya merupakan hari yang paling bermakna bagi setiap orang sebab hari nie la merupakan hari dimana dapat berkumpul bersama ahli keluarga.

Begitu juga dengan keluarga Pak Mat.
Tahun nie semua anak2 dan cucu2 berkumpul untuk menyambut Aidilfitri yang mulia ini..
Memang tersangat meriah. Anak ada 12 orang dan cucu ada tiga orang. Tak lama lagi akan bertambah 2 orang. Lagi meriah la rumah Pak Mat.

Pagi2 raya beratur masing2 untuk bersalam2an memohon ampun dan maaf.
Dan kenangan itu diabadikan di sini untuk dikongsi bersama... 

Nie gambar Pak Mat bersama isteri, anak2 dan 2 orang cucu


Yang bawah nie gambar Pak Mat, isteri, anak menantu dan cucu2


Kat bawah nie gambar anak2 Pak Mat yg dah berkahwin, cuma anak yg no 2 tu yg x der amik gambar..

Yang nie anak perempuan sulung Pak Mat & suami serta anak

 
 Ini anak Pak Mat yang keempat bersama isteri dan anak

Yang nie pula anak Pak Mat yang keenam. Wife dia sedang sarat mengandung..

Meriahnya hari raya tahun nie. Semoga tahun2 yang akan datang dapatlah beraya bersama dan berkumpul macam nie..

 

Friday, June 8, 2012

Luqman dah pandai makan sendiri


Nie cucu Pak Mat dari anak lelaki sulung Pak Mat. Nama dia Luqman Hakim bin Muhammad Noor..

Comelkan dia...sekarang dah besar..tengok la tu dah pandai makan sendiri. Tapi abis terabur la..tak per belajar berdikari dari kecil. Jadi anak yang baik ye, Luqman...