Wednesday, October 31, 2012

Ragam cucu-cucu Pak Mat


Hari Raya Aidiladha yang lalu, anak-anak Pak Mat berkumpul untuk bersama-sama berhari raya..
Jadi memang meriah sungguh rumah Pak Mat terutamanya dengan kerenah dan ragam budak-budak.
Pak Mat dengan isterilah yang paling gembira dapat melayan cucu-cucu mereka.

Memang riuh rendah rumah Pak Mat bila cucunya, Aina, Afdal, Amin dan Luqman bergabung..
Tak kira cuaca panas, berjemur masing-masing. Seronok bermain bersama-sama. Bukan selalu dapat macam tu..

Nie gambar aktiviti mereka malam hari sebelum tidur..
Syer mainan dengan Luqman. Hadiah hari jadi untuk Luqman dari mummy dan daddy..





So, malam tu kami semua dah pukul 2 pagi baru boleh tidur disebabkan mereka semua sibuk dengan permainan. Tak kisahlah, janji mereka seronok ketika bercuti di kampung..

Oleh : Annaz Mohd





Friday, October 5, 2012

Cucu Baru Pak Mat


Salam semua..

Kembali berkongsi cerita dan berita gembira keluarga Pak Mat.
Masih ingat tak lagi tentang anak Pak Mat, Nor Aazim yang berkahwin dengan pasangannya Yan?

Sekarang nie mereka telah menimang cahaya mata yang pertama. Alhamdulillah..
Kelahiran pada 28 September 2012.
Pak Mat dan isteri memang seronok sebab inilah cucu perempuan yang kedua..

Jom kita tengok kecomelan ZARA NUR NABIHA


Camner?..Comel tak?
Doakan yang terbaik untuk keluarga Pak Mat, ok..


Oleh : Annaz

Thursday, August 23, 2012

Hari Raya yang paling bermakna

Hari Raya merupakan hari yang paling bermakna bagi setiap orang sebab hari nie la merupakan hari dimana dapat berkumpul bersama ahli keluarga.

Begitu juga dengan keluarga Pak Mat.
Tahun nie semua anak2 dan cucu2 berkumpul untuk menyambut Aidilfitri yang mulia ini..
Memang tersangat meriah. Anak ada 12 orang dan cucu ada tiga orang. Tak lama lagi akan bertambah 2 orang. Lagi meriah la rumah Pak Mat.

Pagi2 raya beratur masing2 untuk bersalam2an memohon ampun dan maaf.
Dan kenangan itu diabadikan di sini untuk dikongsi bersama... 

Nie gambar Pak Mat bersama isteri, anak2 dan 2 orang cucu


Yang bawah nie gambar Pak Mat, isteri, anak menantu dan cucu2


Kat bawah nie gambar anak2 Pak Mat yg dah berkahwin, cuma anak yg no 2 tu yg x der amik gambar..

Yang nie anak perempuan sulung Pak Mat & suami serta anak

 
 Ini anak Pak Mat yang keempat bersama isteri dan anak

Yang nie pula anak Pak Mat yang keenam. Wife dia sedang sarat mengandung..

Meriahnya hari raya tahun nie. Semoga tahun2 yang akan datang dapatlah beraya bersama dan berkumpul macam nie..

 

Friday, June 8, 2012

Luqman dah pandai makan sendiri


Nie cucu Pak Mat dari anak lelaki sulung Pak Mat. Nama dia Luqman Hakim bin Muhammad Noor..

Comelkan dia...sekarang dah besar..tengok la tu dah pandai makan sendiri. Tapi abis terabur la..tak per belajar berdikari dari kecil. Jadi anak yang baik ye, Luqman...

Saturday, June 18, 2011

Majlis Akad Nikah anak lelaki Pak Mat, Nor Aazim

Tanggal 11 Jun 2011, anak lelaki Pak Mat, Nor Aazim selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Azian dengan mas kahwin RM300 tunai. Ini bermakna bertambah lagi sorang menantu Pak Mat dan Puan Rasidah. Oleh itu, Pak Mat dan Puan Rasidah dh ada 2 org menantu lelaki, 2 org menantu perempuan. Semoga keluarga Pak Mat bahagia dengan bertambahnya anggota keluarganya.

Jom tengok gambar2 sekitar majlis akad nikah Nor Aazim..



Penantian yg mendebarkan...menanti saat2 diijabkabulkan


Debaran turut dirasai oleh penganntin perempuan


Saat2 yg mendebarkan...akad nikah bermula

sah...
Al hamdulillah..selesai sudah...

Saling bertukar tanda ikatan pekahwinan

Semoga pasangan pengantin baru hidup aman bahagia hingga ke hujung nyawa...

Thursday, June 2, 2011

Lama Tak Berupdate

Salam semua...

Lama sungguh tak berupdate blog Pak Mat nie... Ada banyak Story yang nak diletak dekat sini.. Tapi masa bagaikan tiada... Dimana penulis-penulis yang diminta update.. mari sama-sama update... Cerita terbaru anda..

Terbaru Anak Lelaki Pak Mat yang nama Dia Nor Aazim.. akan melangsungkan pernikahan... Minggu depan tau.. Bersamaan dengan 12 Jun 2011 dengan pasangannya Norazian dirumah pengantin perempuan di:

Taman Kantan Permai, Kajang
No. 36, Jalan TKP 1
Kajang, Malaysia
 
 KLIK GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Nantikan update terbaru ya...

Rumah Pengantin Lelaki @ Rumah Pak Mat pula insyaallah akan diadakan pada 2 Julai 2011 bertempat di
Kampung Ulu Rokan Dangi 73200 Gemencheh
Negeri Sembilan
KLIK GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT


Jemput bertandang ya..

Nantikan Update terbaru..

Sunday, May 22, 2011

Majlis Perkahwinan Anak Lelaki Sulong Pak Mat - Johor Bahru

Tanggal 19 Disember 2010, anak sulong Pak Mat selamat di ijabkabulkan dgn pilihan hatinya. Bertambah besarlah keluarga Pak Mat yg dh sedia besar nie. Bukan main seronoknya di hati Pak Mat dan Puan Rasidah menerima menantu perempuan setelah dpt 2 org menantu lelaki.

Di bawah ni ada beberapa foto sekitar majlis persandingan di rumah pengantin perempuan. Di rumah Pak Mat nanti akan diupload kemudian.

Ini sajer yg sempat diupload utk tatapan semua..

Untuk melihat hantaran yg diberikan kepada pihak perempuan, jom kita singgah di Blog Annaz Craft. Blog nie kepunyaan anak sulong Pak Mat. Mmg berminat dlm kerja2 sebegini.

Apa2 pun semoga kedua2 mempelai bahagia hingga ke akhir hayat..
Amin....

Link