Thursday, August 23, 2012

Hari Raya yang paling bermakna

Hari Raya merupakan hari yang paling bermakna bagi setiap orang sebab hari nie la merupakan hari dimana dapat berkumpul bersama ahli keluarga.

Begitu juga dengan keluarga Pak Mat.
Tahun nie semua anak2 dan cucu2 berkumpul untuk menyambut Aidilfitri yang mulia ini..
Memang tersangat meriah. Anak ada 12 orang dan cucu ada tiga orang. Tak lama lagi akan bertambah 2 orang. Lagi meriah la rumah Pak Mat.

Pagi2 raya beratur masing2 untuk bersalam2an memohon ampun dan maaf.
Dan kenangan itu diabadikan di sini untuk dikongsi bersama... 

Nie gambar Pak Mat bersama isteri, anak2 dan 2 orang cucu


Yang bawah nie gambar Pak Mat, isteri, anak menantu dan cucu2


Kat bawah nie gambar anak2 Pak Mat yg dah berkahwin, cuma anak yg no 2 tu yg x der amik gambar..

Yang nie anak perempuan sulung Pak Mat & suami serta anak

 
 Ini anak Pak Mat yang keempat bersama isteri dan anak

Yang nie pula anak Pak Mat yang keenam. Wife dia sedang sarat mengandung..

Meriahnya hari raya tahun nie. Semoga tahun2 yang akan datang dapatlah beraya bersama dan berkumpul macam nie..

 

Friday, June 8, 2012

Luqman dah pandai makan sendiri


Nie cucu Pak Mat dari anak lelaki sulung Pak Mat. Nama dia Luqman Hakim bin Muhammad Noor..

Comelkan dia...sekarang dah besar..tengok la tu dah pandai makan sendiri. Tapi abis terabur la..tak per belajar berdikari dari kecil. Jadi anak yang baik ye, Luqman...

Saturday, June 18, 2011

Majlis Akad Nikah anak lelaki Pak Mat, Nor Aazim

Tanggal 11 Jun 2011, anak lelaki Pak Mat, Nor Aazim selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Azian dengan mas kahwin RM300 tunai. Ini bermakna bertambah lagi sorang menantu Pak Mat dan Puan Rasidah. Oleh itu, Pak Mat dan Puan Rasidah dh ada 2 org menantu lelaki, 2 org menantu perempuan. Semoga keluarga Pak Mat bahagia dengan bertambahnya anggota keluarganya.

Jom tengok gambar2 sekitar majlis akad nikah Nor Aazim..



Penantian yg mendebarkan...menanti saat2 diijabkabulkan


Debaran turut dirasai oleh penganntin perempuan


Saat2 yg mendebarkan...akad nikah bermula

sah...
Al hamdulillah..selesai sudah...

Saling bertukar tanda ikatan pekahwinan

Semoga pasangan pengantin baru hidup aman bahagia hingga ke hujung nyawa...

Thursday, June 2, 2011

Lama Tak Berupdate

Salam semua...

Lama sungguh tak berupdate blog Pak Mat nie... Ada banyak Story yang nak diletak dekat sini.. Tapi masa bagaikan tiada... Dimana penulis-penulis yang diminta update.. mari sama-sama update... Cerita terbaru anda..

Terbaru Anak Lelaki Pak Mat yang nama Dia Nor Aazim.. akan melangsungkan pernikahan... Minggu depan tau.. Bersamaan dengan 12 Jun 2011 dengan pasangannya Norazian dirumah pengantin perempuan di:

Taman Kantan Permai, Kajang
No. 36, Jalan TKP 1
Kajang, Malaysia
 
 KLIK GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Nantikan update terbaru ya...

Rumah Pengantin Lelaki @ Rumah Pak Mat pula insyaallah akan diadakan pada 2 Julai 2011 bertempat di
Kampung Ulu Rokan Dangi 73200 Gemencheh
Negeri Sembilan
KLIK GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT


Jemput bertandang ya..

Nantikan Update terbaru..

Sunday, May 22, 2011

Majlis Perkahwinan Anak Lelaki Sulong Pak Mat - Johor Bahru

Tanggal 19 Disember 2010, anak sulong Pak Mat selamat di ijabkabulkan dgn pilihan hatinya. Bertambah besarlah keluarga Pak Mat yg dh sedia besar nie. Bukan main seronoknya di hati Pak Mat dan Puan Rasidah menerima menantu perempuan setelah dpt 2 org menantu lelaki.

Di bawah ni ada beberapa foto sekitar majlis persandingan di rumah pengantin perempuan. Di rumah Pak Mat nanti akan diupload kemudian.

Ini sajer yg sempat diupload utk tatapan semua..

Untuk melihat hantaran yg diberikan kepada pihak perempuan, jom kita singgah di Blog Annaz Craft. Blog nie kepunyaan anak sulong Pak Mat. Mmg berminat dlm kerja2 sebegini.

Apa2 pun semoga kedua2 mempelai bahagia hingga ke akhir hayat..
Amin....

Link

Friday, June 18, 2010

Ketua Pengawas Vs Pengganas

Diam-diam.. tak sangka sorang anak Pak Mat nie.. Tercalon jugak sebagai ketua pengawas
He..he... Boleh ker nie? Kita tengok jer lah yer

Nama dia Muhammad Afif... Umur 12 tahun.. Berbadan besar.. layaklah dia jadi ketua pengawas nie.. Tapi.. Cam pengganas jer... Kik..kik..kik... Kat sekolah bolehlah dia tunjuk eksen... Aku ketua yer... Kat rumah.. suka buli adik-adik dia.. Agak2 kat sekolah kene tunjuk baik kut... Aper-aper jer lah Afif oiii..

Nama panggilan dia Debit (kira debit kreditlah nie) atau pun cam David Beckhamlah..  David Beckham tu putih.. dia nie Gelap.. malaysia mari..

Ha.. kat bawah nie gambar masa dia beri ucapan sempena sambutan hari Guru

Wah bersemangat nampak.. Agak2 bertempias lah nie..

Apapun.. selamat menjalankan tugas anda dan amanah yang diberikan.
yer adik Afifi oil

Majlis Pertunangan Anak Lelaki Sulong Pak Mat

Tanggal 26 Disember 2009, Anak lelaki Sulong pak Mat telah melangsungkan majlis pertunangan dengan gadis pilihan hatinya yang dikenali semasa menuntut di Universiti.

Selamat Bertunang

Muhammad Noor Bin Mohamad
&
Anis Asila

Gambar saat tiba ke rumah pihak perempuan

Sesi perbincangan antara pihak lelaki dan pihak perempuan
Merundingkan hal2 yang berkaitan

Puan Rasidah menyarungkan cincin pertunangan ke jari bakal menantu 

Kegembiraan menerima bakal menantu

Hantaran dari pihak lelaki.. Sederhana.. yang penting niat..

 Hantaran dari pihak perempuan

Cincin tanda pertunangan bakal pengantin

Selesai perbincangan... majlis jamuan ringan

Sesi bergambar bersama pihak perempuan dan pihak lelaki

Emmm nielah pasangan yang selamat melangsungkan majlis pertunangan
Berseri-seri..