Thursday, July 25, 2013

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Share
As salam..

Bulan Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Macam mana pengalaman berpuasa tahun nie? Masih ok, kan? 

Dikesempatan ini dan masih belum terlambat untuk Pak Mat sekeluarga mengucapkan Selamat Berpuasa untuk korang semua. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah puasa yang telah hampir ke penghujungnya.


Bila bulan Ramadhan tiba, masing-masing sibuk menyiapkan persiapan untuk Hari Raya yang bakal tiba. Korang semua macam mana pulak? Agak-agak berapa pasang lah baju raya korang, ye...

Biasa la time macam nie, benda yang paling penting yang dicari untuk Hari Raya ialah baju raya, kuih raya, langsir, kasut baru, handbag baru...jangan partner baru, udah lah ye..

Tahun nie Pak Mat macam biasa lah. Persiapan sederhana sahaja. Tahun nie raya sunyi lah sikit sebab turn anak-anak beraya dengan  keluarga mertua. Yang ada kat rumah tentulah yang masih bersekolah.

Dikesempatan ini juga Pak Mat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin terutama buat keluarga, sanak saudara dan tak lupa pada korang semua. Semoga raya tahun nie akan lebih meriah..

1 comment: