Wednesday, February 3, 2010

Penyatuan Dua hati

Perkahwinan merupakan satu impian setiap pasangan yang bercinta dan mengakhiri zaman bujang...Dan tiba masa untuk mempunyai keluarga sendiri.... Begitu juga dengan Anak Kedua Pak Mat yang telah bertemu jodoh dengan lelaki idamannyer (he..he..he..) yang berasal dari Perak... Bibit-bibit cinta antara pasangan ini akhirnya membewa mereka ke arah gerbang perkahwinan yang penuh ceria....

Tanggal 03 Sept 2005, kedua pasangan ini telah melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan yang gilang gemilang...dihadiri oleh jiran tetangga, sanak-saudara, sahabat handai..serta rakan taulan...

 
 Sekitar Majlis Pernikahan antara Pasangan 
Nazarul Ainain Mohamad & Mohd Tarmezee Bin Johari
di Surau Kampung Ulu Rokan

 
Sekitar Majlis Persandingan antara Pasangan 
Nazarul Ainain Mohamad & Mohd Tarmezee Bin Johari 
di Rmah Pengantin Perempuan
Kampung Ulu Rokan

Friday, January 29, 2010

Belajar Solat

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: 

“Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Semoga corak yang dilakarkan akan dapat mencantikkan keperibadian yang menjamin kesejahteraan anak-anak di dunia dan akhirat..

Didikan Islam pada anak harus dai dalam perut lagi....Apabila anak tengah membesar..Ajarlah anak bersolat..
Bagi menunaikan tanggungjawab..ibu aina mengajarnya bersolat....Inilah Aina batrisya ketika mula-mula belajar solat.,..


Semoga Aina akan menjadi anak yang solehah..dan menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya...Amin.....

Cucu Kedua Pak Mat

Cucu Kedua Pak Mat Pula adalah si Putera... Kelintahan Cucu Lelaki Pak Mat nie..sentiasa mencuit hati Pak Mat & Isteri.

Cucu Kedua Pak Mat bernama Muhammad Afdal bin Mohd Tarmizi. Hasil dari perkahwinan anak Kedua Pak Mat iaitu Nazarul Ainain Mohamad. Ini Gambar cucu ke-2 Pak Mat:

(Nie gambar Afdal masa kecik lagi...Comel Tak Afdal????)

Ini pula Gambar kedua Ibubapa Afdal....Nie gambar Masa kahwin...Cantik tak ayah dan ibu afdal?
Nazarul Ainain Mohamad & Mohd Tarmizi

(Sama cantik---sama padan...Serba putih..melambangkan kesucian hubungan pasangan bahgia nie )

Cucu Sulong Kesayangan

Cucu adalah penyeri kepada pasangan datuk dan nenek... Cuculah penyambung warisan kepada keturunan..
Pak Mat mempunyai dua orang cucu...iaitu Putera & Puteri..

Cucu Sulung Pak Mat adalah...Puteri Nurul Aina Batrisya hasil dari perkahwinan anak sulung Pak Mat, Nazarul Hamsina Mohamad dengan Rizal Azmer Md Isa.

(Wah...Comelnyer,...Cam tuan puteri....)

Memang itulah impian sigadis kecil nie....Berangan akan menjadi Tuan puteri suatu hari nanti...

Ini pula kedua ibu bapanyer...Cik Puan Nazarul Hamsina Mohamad & Tuan Rizal Azmer Md. Isa
(Maaf yer...interprem jap...he..he...)

Anak Angkat Pak Mat

Keluarga Pak Mat mempunyai ahli baru.... Anak angkat Pak Mat nie sorang muallaf.. Alhamdulillah...akhirnya bertemu juga Cahaya Kebenaran Ilahi

Nama nya Ainul Yaqin Binti Abdullah...Ainul adalah sahabat karib kepada anak Pak Mat yang ke-5. Mereka belajar bersama-sama di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Ainul berasal dari Miri, Sarawak..Jauh merantau kesemenanjung untuk mencari ilmu didada... Alhamdulillah. Allah telah memberikan petunjuk dan hidayah Ainul... Semoga Ainul menjadi wanita Solehah

Hari Raya 2009 Pak Mat


Inilah ahli keluarga Pak Mat....Uihhh...Ramainyer....mana satu yang dah kahwin???? dan mana satu yang masih solo lagi nih....

Thursday, January 28, 2010

Keluarga Bahgia (Saujana)

Keluarga Bahagia - Kumpulan Saujana

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu